Wednesday, April 08, 2009

sUKan Dan Rekreasi

 

WATER CONFIDENT

 

Tujuan

 

Tujuan melakukan aktiviti ‘water confident’ adalah untuk mengurangkan atau menghilangkan perasaan takut para pelajar terhadap air.

 

Memudahkan pelajar untuk melakukan aktiviti berkaitan dengan air apabila perasaan takut atau gementar terhadap air dibuang. Contoh aktiviti yang melibatkan air ialah ’berkayak , berakit , dan river crossing.’

 

Kriteria yang diambil kira untuk melakukan aktiviti ”water confident”

  1. kedalaman air
  2. kelajuan arus sungai
  3. keselamatan persekitaran

 

Peralatan yang diperlukan semasa menjalankan aktiviti water confident

  1. jaket keselamatan
  2. kasut

 

 

BERKAYAK

 

Tujuan

Tujuan melakukan melakukan aktiviti berkayak adalah untuk memberi pengalaman kepada pelajar dalam meneroka alam sekitar melalui jalan sungai.

Pelajar juga boleh mempelajari tentang persekitaran yang hidup di sekitar sungai sambil menghirup udara segar.

Menghayati flora dan fauna yang tumbuh di tebing-tebing sungai dan juga jika berkesempatan boleh melihat haiwan liar yang minum di sungai

 

Kriteria yang diambil kira untuk melakukan aktiviti berkayak

1.    Kederasan arus air

2.    persekitaran sungai yang melibatkan jeram

3.    halangan seperti batuan sungai atau pokok

 

Peralatan yang diperlukan semasa menjalankan aktiviti berkayak

  1. Jaket keselamatan
  2. kasut
  3. kayak
  4. pendayung

 

 

JUNGLE TREKKING

 

Tujuan

 

Tujuan melakukan melakukan aktiviti jungle trekking adalah untuk memberikan pelajar pengalaman baru dengan menjelajah hutan dan mempelajari pelbagai perkara yang berfaedah seperti iktihar hidup dan mengenali kehidupan alam semulajadi.

 

Menghayati flora dan fauna

Menimbulkan semangat cintakan alam semulajadi

Menimbulkan kesedaran akan kepentingan flora dan fauna

 

Kriteria yang diambil kira untuk melakukan aktiviti jungle trekking

  1. Bentuk muka bumi
  2. Jarak penjelajahan
  3. Haiwan liar yang berada di persekitaran

 

Peralatan yang diperlukan semasa menjalankan aktiviti jungle trekking

  1. kasut atau but
  2. baju berlengan panjang dan trek
  3. stoking
  4. beg sandang
  5. peti kecemasan
  6. peta
  7. kompas

                                

 

Flying fox

 

                                

Tujuan

 

Menguji keberanian pelajar dalam menjalani aktiviti ini dan memberikan kemahiran nerguna kepada para pelajar dari segi cara ikatan tali, jenis tali, cara pemilihan pokok dan jarak yang digunakan antara pokok

 

Kriteria yang diambil kira untuk melakukan aktiviti flying fox

  1. Ketinggian pokok
  2. Jarak antara  kedua-dua pokok
  3. Jenis tali
  4. Kekuatan tali dalam menampung beban
  5. Radbina yang sesuai

 

Peralatan yang diperlukan semasa menjalankan aktiviti flying fox

  1. Kasut
  2. Baju berlengan panjang untuk mengelak kecederaan sekiranya bergeser dengan tali
  3. tali
  4. radbina
  5. peti kecemasan
  6. glove atau sarung tangan
  7. topi atau helmet keselamatan